Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) membantah penganjuran Islamic Fashion Festival (IFF) yang dilihat telah menghina agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia. PMIUTM turut berasa amat kecewa dengan penglibatan secara langsung kepimpinan Negara dalam penganjuran ini.
1. Penganjuran IFF ini telah memberi tangapan buruk terhadap Islam. Masyarakat bukan Islam akan menilai Islam dari aspek negatif. PMIUTM bimbang akan berlaku salah tanggap terhadap konsep menutup aurat dalam Islam.
2. PMIUTM melahirkan rasa bimbang sekiranya IFF ini dijadikan satu contoh terhadap konsep aurat yang sepatutnya dibawa di dalam Islam. Model-model yang digunakan jelas melanggar hukum syarak dengan mendedahkan aurat mereka. Salah tanggap ini dikhuatiri akan menyebabkan semakin ramai masyarakat Islam sendiri yang akan mendedahkan aurat kerana mereka beranggapan bahawa pakaian yang ditonjolkan di dalam IFF ini adalah pakaian yang dianjurkan Islam.
3. Bukti jelas menunjukkan model yang memperagakan pakaian menghina Islam apabila secara jelas terdapat seorang model yang mengenakan pakaian yang mempunyai tulisan ‘Muhammad’ di dalam bahasa arab di pakaiannya.
4. Penglibatan pemimpin Negara dalam IFF ini sangat mengecewakan. Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri harus faham bahawa IFF yang dianjurkan ini jelas melanggar syariat Allah. Dengan menamakan pertunjukkan fesyen ini atas nama Islam, beliau secara terang-terangan menghina Islam itu sendiri .
5. PMIUTM dengan ini mendesak Datin Seri Rosmah Mansor agar memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia atas keterlanjuran ini. PMIUTM juga mahu beliau menghentikan penganjuran pertunjukan fesyen seperti ini kerana ia jelas menjatuhkan maruah Islam dan juga maruah Malaysia di mata Negara-negara Islam.
6. PMIUTM juga mengharapakan pihak JAKIM dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam iaitu Datuk Jamil Khir Baharom agar bertindak tegas terhadap penganjuran IFF ini. Jaminan harus diberikan agar penganjuran seperti ini tidak lagi berulang.
8. PMIUTM juga mencadangkan agar pihak penganjur dapat melantik penasihat syariah yang terdiri daripada ilmuwan islam yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak sekiranya masih ingin menganjurkan festival seperti ini lagi.
7. PMIUTM juga mengharapkan masyarakat Malaysia dapat menilai penganjuran IFF ini dari sudut agama dan kematangan. Masyarakat Islam harus bangun menentang dan menyatakan bantahan terhadap penganjuran IFF ini.
Mohd Khairul bin Abdullah Halim
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam


4:46 PM
Cikgu Din



0 comments:
Post a Comment