Thursday, October 21, 2010

Belakang Tabir : Ekspedisi Arab Saudi Global Outreach UTM 2010 [ ES-GLOBE '10]



PENGALAMAN SEBAGAI GURU YANG BAIK

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat illahi kerana telah menghadiahkan kepada saya, satu kurnia yang amat bermakna buat insan yang kerdil ini dalam mengharungi sisa-sisa hidup di bumi bertuah-Bumi UTM. Sungguh, ia merupakan satu pengalaman yang memberi suntikan tarbiyyah, dakwah, siasah dan ukhuwwah.

TAWAKAL : TAHNIAH, ANDA DITERIMA SEBAGAI PESERTA ES-GLOBE!

Pasti ada yang iri hati dengan cerita ini. Mohon dijauhkan! Program ini dianjurkan oleh Pusat Islam UTM. Pada awalnya, PIUTM merancang untuk menganjurkan program ke Mesir dan Arab Saudi iaitu ES-GLOBE stand for Egypt Saudi Arabia-Global Outreach Program. Namun, dengan izin ALLAH SWT, kami hanya mampu meneruskan perjalanan ke Arab Saudi tanpa ke Mesir, Alhamdulillah, dapat juga pergi Arab Saudi.

Pada pertengahan tahun 2009, segalanya bermula. PIUTM membuka penyertaan peserta ES-GLOBE kepada semua mahasiswa UTM. Subhanallah, sudah pasti ramai yang berminat. Pada ketika itu, saya harus menolak keinginan hati untuk menyertai program tersebut kerana ada tanggungjawab yang lebih besar perlu diutamakan. Sedih juga, tapi apakan daya. Life must go on! Saya masih menyimpan keinginan itu. Tanpa putus-putus berdoa dan berharap.


Ramai juga sahabat-sahabat yang saya kenali berjaya melepasi interview yang dikendalikan Ustaz Dr. Ismail Bin Mustari. Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Ismail di bumi UTM ini. Murabbi kami! Ya, pada ketika itu, gerak kerja mereka baru bermula, dengan siri-siri perjumpaan yang diadakan secara berkala terutamanya penghujung tahun 2009. Wah, beruntungnya mereka yang berjaya diterima menjadi peserta. Apa yang menarik, mereka bakal mengerjakan ibadah umrah di Madinah Al-Munawwarah dan Makkah Al-Mukarramah di samping lawatan akademik ke universiti-universiti terpilih.


Pendek cerita, pada tanggal 9 Mac 2010(birthday adik saya ke-2) merupakan detik bahagia saya, apabila diterima sebagai peserta ES-GLOBE. Ajaib! Sujud syukur. Setelah beberapa bulan, impian hampir menjadi nyata, menjadi tetamu ALLAH. Tidak terkata, hanya linangan air mata tanda syukur kepada Yang MAHA ESA. Teringat kata-kata abang Muhajirih dalam blognya, http://muhajir-ila-ahmad.blogspot.com/

“Perlu diyakini, bahawa kepergian ke Tanah Suci adalah atas jemputan Allah SWT. Allah telah menjemput dan mempersilakan hamba-Nya untuk menjadi tetamu-Nya. Orang yang dijemput dengan orang yang tidak dijemput adalah berbeza. Tetamu tidak sama statusnya dengan yang bukan tetamu. Tetamu akan dapat sampai, manakala yang bukan tetamu tidak akan dapat sampai. Jemputan sebagai tetamu Allah ini perlu disyukuri dengan kesyukuran yang sungguh-sungguh di dalam hati. Ia adalah ketentuan Allah kepada hamba-hamba yang terpilih sahaja. Allah menentukan hamba yang terpilih ini untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Oleh itu, balaslah penghargaan Allah ini dengan peningkatan kualiti ketaqwaan dan amal soleh yang istiqamah sebaik sahaja kembali ke tanah air”.


Insya ALLAH, abang Muhajirih, orang kuat program ES-Globe ini. Terima kasih atas tunjuk ajar! Maka, siri pengembaraan tarbiyyah, dakwah, siasah dan ukhuwwah dalam program ini baru bermula (ketika itu). Nantikan entri yang selanjutnya, baru ber"lari' menulis semula untuk momentum yang selanjutnya, Insya Allah…^_^

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Sweet Tomatoes Printable Coupons