Wednesday, March 11, 2009

SIRI 9 : CINTAKU MILIKMU...

TEORI VS PRAKTIKAL

Kita hendak meningkatkan keimanan dan kecintaan kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW dengan Maulid ini.

Bagaimana???

Tidak lain tidak bukan ianya dengan AKHLAK!

Nabi Muhammad SAW meninggalkan untuk kita dasar dalam berakhlak. Bukannya dasar yang hanya di dalam hati, bukan juga teori tetapi dasar yang praktikal. Kita memerlukan Maulid Nabi SAW yang berkesan pada hati-hati kita. Dasar yang bukannya kerana kepentingan dunia. Sebagai contoh, ihsan dan ketekunan dalam gerak kerja dalam sesuatu organisasi atau jemaah bukannya kerana mengharapkan balasan atau sesuatu motif tertentu. Ini bukanlah perhitungannya, tetapi kerana;

“ Sesungguhnya Allah sukakan hamba-Nya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia bersungguh-sungguh”.


Nabi mengajar kita semua serta mengaitkan maksud sebegini, bukan semata-mata teori, tetapi perlu ditanam dengan dasar hati yang terikat dengan kecintaan terhadap Rasulullah SAW. Kasih sayang yang menguatkan ialah memperingati Baginda, selawat ke atas Baginda, membaca sirahnya, mengetahui ceritanya, memerhatikan sifat Baginda dan mengetahui keistimewaannya. Inilah keadaan yang ada pada seorang kekasih. Semoga kedatangan Maulid Nabi pada kali ini menghidupkannya di dalam diri kita.

Bak kata pepatah, tak kenal maka, tak cinta. Jadi, bagaimana kita boleh mengatakan kita cintakan Rasulullah walhal kita tidak mengenali Nabi Muhammad SAW.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Sweet Tomatoes Printable Coupons