Wednesday, March 11, 2009

SIRI 1 : CINTAKU MILIKMU...

Maha suci Allah yang mengurniakan bagiku dan bagi kamu semua dengan nikmat Iman dan Islam. Inilah nikmat dan anugerah yang terhebat yang dilimpahkan oleh Allah SWT kepada kita. Nikmat yang dianugerahkan kepada kita melalui junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Aku bersaksi bahawasanya Dialah Allah yang tiada Tuhan selain-Nya, yang Maha Esa lagi tiada sekutu bagi-Nya. Penyaksian yang mana cahaya ketulusan teguh di dalam hati manusia dalam bermuamalah dengan Allah S.W.T.

Aku juga bersaksi bahawasanya Penghulu, Kekasih, Qurrata ‘ayun dan cahaya hati kita Muhammad S.A.W sebagai hamba serta utusan-Nya. Begitu juga sebagai Nabi, Teman, kekasih dan Khalil-Nya. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya yang dimuliakan. Begitu juga para sahabat baginda, para Tabi’en serta pengikut mereka hingga Hari Kiamat.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Alhamdulillah, kita berada dalam musim sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan ini bukanlah majlis peringatan yang semata-mata disambut oleh umat ini tanpa penghayatan. Begitu juga bukan untuk dipertikaikan dan diperdebatkan sama ada diharuskan untuk kita menyambutnya atau sebaliknya, kerana perkara ini telah diperakui oleh para Salafussoleh.

Mereka mengarang banyak Kitab berkaitan perkara ini sepertimana yang diceritakan oleh Imam Sayuti dalam Kitabnya, “ Al-Hawi Lilfatawi”. Imam sayuti menamakannya “Tujuan Terbaik Dalam Merayakan Maulid”. Kita tidak perlu bertikam lidah sekitar permasalahan keharusan menyambut kelahiran Nabi.

Akan tetapi, perkara yang perlu kita fokuskan, apakah natijah dalam memperingati Nabi Muhammad SAW siang dan malam yang mana Allah menzahirkan padanya nikmat dan anugerah untuk umat Nabi Muhammad SAW. Umat yang diberi kelebihan berbanding umat-umat yang terdahulu.

2 comments:

joegrimjow said...

salam maulidurrasul

Luqman Mass Duki said...

salam..lawa la blog ko...dtg la tgk2 blog aku gak..tp blog aku x semaju ko punyer lg..hihi
http://pmluqman.blogspot.com/

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Sweet Tomatoes Printable Coupons