PERISTIWA ANEH DI SAAT KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW...
Pada malam kelahiran Nabi Muhammad SAW, pelbagai peristiwa berlaku di muka bumi, baginda yang merupakan pembawa wahyu Allah SWT kepada semua makhluk dan antara ke’izzahan agama Islam, Baginda tidak hanya diutuskan bagi orang Islam sahaja,tidak juga kepada manusia sahaja, bahkan bagi semua kewujudan. Kebanyakan orang Islam tidak menyedari hal ini. Kedatangan Nabi Muhammad SAW menjadikan setiap makhluk itu bererti kerana ia adalah makhluk Allah. Nabi SAW mengajar kita agar menghormati makhluk kerana menghormati Penciptanya.
Pada malam kelahiran Nabi SAW, di Makkah, berhala disekeliling Kaabah jatuh tunduk pada malam kelahiran Nabi SAW. Ia tunduk ke bumi walhal berhala itu telah dikukuhkan dengan logam, tembaga dan besi. Walaubagaimanapun, semuanya jatuh pada malam kelahiran Baginda.Pada malam itu juga, jatuhnya binaan milik Raja Kisra, salah seorang raja yang hebat di dunia. Jatuhnya binaan itu menunjukkan kemuliaan mereka turut jatuh ke bumi dan menjadi pengajaran bagi mereka.Pada malam itu juga,terpadamnya api yang disembah di Parsi. Ia telah menyala selama 1000 tahun tanpa pernah padam, akan tetapi terpadam pada malam kelahiran Nabi Muhammad SAW.Pada malam itu juga, tertimbusnya Tasik Sawa iaitu sebuah tasik yang besar serta gementarnya seorang ulama’ Yahudi berikutan kelahiran Khatamun Nabiyyin.
Peristiwa-peristiwa sebegini diceritakan oleh Ibnu Kathir dalam sirahnya, begitu juga Al-Hafiz Al-Qustulani dalam sirahnya “Al-Mawahib Al-Laduniyah” yang juga merupakan seorang yang mensyarahkan Sahih Al-Bukhari, Kitabnya “Al-Hadyu Sari”, begitu juga Ibnu Syamil. Semua kitab-kitab sirah terdahulu menceritakan perisiwa ini pada malam kelahiran Nabi SAW.
Correct English – Mind Your Language (iii)
3 days ago


12:38 AM
Cikgu Din


0 comments:
Post a Comment