NUR MUHAMMAD SAW...
Apabila hari kelahiran Nabi tiba sedangkan ketika itu dunia diselubungi dengan kegelapan. Mari sama-sama kita perhatikan kisah Sayyidina Salman Al-Farisi.
Sayyidina Salman yang meninggalkan penyembahan berhala kepada Nasrani di tangan seorang paderi, rahib dan ahli ibadah yang soleh. Kemudian, ketika rahib itu nazak, Salman bertanya, “ Kepada siapakah akan aku pergi selepas ini?” Pergilah kamu selepasku kepada seseorang yang tinggal di sebuah kampung tertentu, dia berada pada jalan yang benar dan suci ibadahnya.
Beliau pun pergi kepada rahib yang kedua dan selepas kematian rahib yang kedua pula beliau pergi kepada rahib yang ketiga, ketika sampai kepada yang ketiga beliau berkhidmat kepadanya beberapa masa, belajar serta beribadah bersamanya.Rahib itu juga meninggal dunia. Sebelum rahib tersebut meninggal dunia, Salman bertanya, “ Kepada siapakah akan aku pergi selepas ini?” Rahib itu berkata : “Aku sudah tidak mengenali seseorang di atas muka bumi yang keadaannya sebegini”. Rahib itu menyambung lagi, “tetapi akan muncul satu zaman yang akan bangkit Nabi yang terakhir, Nabi itu akan muncul di negeri yang banyak pohon kurma, yang aku tidak sangkakan tempat itu selain Yathrib(Madinah).Maka, Sayyidina Salman pun menuju ke Yathrib untuk menanti kemunculan Nabi Muhammad SAW.
Dalam kisah Sayyidina Salman Al-Farisi, terdapat banyak pengajarannya, yang antaranya berkaitan dengan kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW dan kaitannya dengan kehidupan kita yang sebenar. Pada zaman tersebut manusia yang mencari kebenaran amat susah untuk mendapatkan seseorang yang boleh mendorongnya ke arah kebenaran. Kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan kelahiran yang dinantikan oleh pencari kebenaran. Nur Muhammad yang menerangi kegelapan menjadi dambaan insan yang memerlukan.
Correct English – Mind Your Language (iii)
3 days ago


12:42 AM
Cikgu Din


0 comments:
Post a Comment