Wednesday, March 11, 2009

SIRI 3 : CINTAKU MILIKMU...

MAULID NABI=PENGHAYATAN ISLAM...

Setiap perkara yang kita lakukan ada kaitan dengan hubungan kita bersama Allah SWT. Ini merupakan dasar yang perlu kita pelajari. Ini kerana, di antara penyakit yang melanda umat kita, ibadah kita hanya pada gambaran zahirnya sahaja.Walhal, ibadah datang kapada kita agar kita merubah dasar kepada dasar yang membuahkan hubungan hati dengan Allah SWT sebagai cara bermuamalah dengan kehidupan. Kita hendaklah menjadikan solat kita hidup supaya kehidupan kita menjadi solat(ibadah).Oleh sebab itu, ada yang mengatakan bahawa :

“Barangsiapa yang menjadikan solatnya hidup, nescaya Allah SWT menjadikan kehidupannya sebagai solat(ibadah), iaitu menjadikan seluruh kehidupannya mempunyai ikatan dengan Allah SWT yang menambah Taqarrub kepada Allah SWT.

Sepertimana, apabila seseorang itu meminum air, bertambah taqarrubnya dengan Allah SWT kerana dia berniat dengannya untuk menguatkan ketaatan kepada Allah SWT dan melaksanakannya mengikut sunnah Nabiyil Mustofa.

Apabila dia bekerja untuk kehidupannya dia mendapat pahala ibadah dan Taqarrub kapada Allah SWT. Ini kerana, dia menjadikan setiap pekerjaannya mempunyai ikatan dengan agama.Dia juga berdiri di atas dasar akhlak serta iltizam yang membuahkan keyakinan di dalam hati yang meluaskan penghayatan Islam seluruhnya. Penghayatan Islam ini juga dapat dizahirkan melalui Maulid Nabi.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Sweet Tomatoes Printable Coupons