EKSPRESI CINTA…
Cinta itu ada tandanya,
kasih sayang juga ada buktinya.
Apabila disebutkan Rasulullah, apakah nilainya ingatan ini dalam hati kamu?
Telah diriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah mengaminkan apa yang dipohon oleh Jibril ketika Baginda menaiki minbar.
“ Allah akan menjauhkan sesiapa yang apabila disebut namamu, dan dia tidak berselawat kepadamu”.
Didoakan supaya dijauhkan bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atas Nabi SAW ketika mana nama Baginda disebut. Apabila disebutkan nama para sahabat kita disunatkan menyebut “Radiyallahu ‘anhu” tetapi tidak berosa jika tidak berbuat demikian. Apabila disebut nama Allah SWT, disunatkan kita membesarkan-NYA, dengan lafaz Subhanallah etc. Akan tetapi, tidak dijanjikan seksaan disebabkan lidak tidak menyebut ayat-ayat yang disunatkan sebegini. Walaubagaimanapun, dijanjikan azab bagi sesiapa yang apabila disebut nama Nabi Muhammad SAW dan dia tidak berselawat.
Apakah sebabnya?!
Kerana Nabi Muhammad SAW adalah sebab terbesar dalam hubungan kita dengan Allah SWT.
Firman Allah SWT : “ Katakanlah! Jikalau kamu cintakan Allah, Maka ikutlah aku (Muhammad). Nescaya Allah cintakan kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu”.
Ini kerana hubungan kita dengan Allah terjadi dengan sebab hubungan kita dengan Nabi Muhammad SAW.
Hadith Sahih diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmizi, Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Cintalah Allah kerana nikmatnya mengelilingimu, dan cintai aku (Nabi SAW) kerana cintakan Allah, dan cintalah keluargaku kerana mencintaiku”
Hadith Hasan dari Rasulullah SAW:
“Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara,cintakanku, cintakan keluargaku dan bacaan Al-Quran”.
Kita diajar untuk mengasihi Baginda dan cahaya kecintaan sampai dalam hati kita sehingga ke peringkat yang apabila disebut nama Nabi Muhammad SAW, kita terus berselawat ke atas Baginda. Cinta yang mampu menggerakkan dan menyentuh ruh dan jiwa kita.
Correct English – Mind Your Language (iii)
3 days ago


12:32 AM
Cikgu Din


0 comments:
Post a Comment