AKU MENCINTAIMU YA RASULULLAH…
Bagaimanakah keadaan hati kita pada mencintai Rasulullah SAW?
Umat Islam amat memerlukan peningkatan terhadap kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Jika kecintaan ini hidup dalam umat ini, nescaya semua pintu kebaikan dibukakan bagi mereka. Manakala, semua pintu kejahatan ditutup dari umat ini. Nescaya semua perkara dari hal kemenangan, bantuan dan seangkatan dengannya akan terhasil bagi umat ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidak sempurna iman kamu sehinggalah aku disayanginya melebihi dirinya sendiri”.
Melalui hadith ini menunjukkan bahawa tidak lengkap iman seseorang itu sehingga dia meningkatkan kecintaannya kepada Nabi Muhammad SAW melebihi dirinya sendiri. Adakah Rasulullah itu lebih disayangi daripada dirimu sendiri??? Renung-renungkan & fikir-fikirkan…
Correct English – Mind Your Language (iii)
3 days ago


12:36 AM
Cikgu Din


0 comments:
Post a Comment