Sunday, September 21, 2008

Pembuka Kata, Pemanis Bicara

A s s a l a m u a l a i k u m w . b . t . . .

Pertama-tama & Selama-lamanya marilah kita merafa'kan seinfiniti kesyukuran kepada ALLAH S.W.T dek kerana masih lagi diberi oleh ALLAH S.W.T dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman & Islam.

Segala puji yang selayaknya buat Yang Maha Mencipta sekalian makhluk di atas muka bumi ini, TUHAN penguasa alam semesta. Hanya pada-Nya sahajalah TUHAN yang berhak disembah,TUHAN yang memiliki segala sifat Kesempurnaan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar yang Agung, Nabi Muhammad s.a.w, Khatamun Nabiyyin, pembawa rahmat ke seluruh alam. Semoga Allah mengampunkan diri ini dan generasi terdahulu di kalangan para sahabat, tabiin, tabi' tabiin, seluruh 'ulama, para Murabbi & Jundullah yang telah banyak menyumbangkan jasa untuk Ad-Din ALLAH S.W.T.

Salam Perkenalan,Salam Ukhuwah,Salam Mahasiswa...
Seruan dakwah wajib dilaungkan, lantas pelbagai medium menjadi saluran agar tuntutan tersebut dapat direalisasikan. Dek kerana kedangkalan ilmu Sang Murabbi terlewat dalam menjadikan Alam Maya sebagai satu wadah memperkembangkan lagi dakwah. Sementara, lahir ramai bloggers2, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan yang mendepani usaha mengembangkan dakwah.Lantaran Sang Murabbi menyeru para Da'ie bangkit me'maximum'kan segala usaha & facilities demi kemaslahatan ISLAM.

Insya ALLAH...

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Sweet Tomatoes Printable Coupons